X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

Pas gesa PDRM, SPRM dedah hasil siasatan terhadap suami Zeti

Khairil Nizam
A
A

SHAH ALAM - Pas menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendedahkan hasil siasatan berhubung berhubung siasatan aset dana milik 1MDB melibatkan akaun Iron Rhapsody Ltd dan Cutting Edge Industries Ltd.

Syarikat Cutting Edge (Cutting Edge) Industries Ltd merupakan syarikat milik Datuk Tawfiq Ayman yang merupakan suami kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Samuel Goh.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin, pihak berkuasa perlu menjelaskan hasil siasatan memandangkan ia melibatkan kewibawaan institusi awam.

"PDRM wajar tampil menjelaskan hasil siasatan memandangkan ia telah bermula sejak awal tahun 2021.

"PDRM juga mengakui bahawa siasatan telah dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada 19 November lalu, SPRM dengan kerjasama dan bantuan agensi-agensi penguatkuasaan antarabangsa berjaya memulangkan aset dana 1MDB berjumlah RM20,530,433,626.97 kepada kerajaan Malaysia.

SPRM memaklumkan, pihaknya sedang giat meneruskan pemulihan aset dana 1MDB di dalam dan luar negara seperti Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Taiwan serta Singapura.

Commercial Affairs Department (CAD) Singapura telah membuat pemulangan wang milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil kepada kerajaan Malaysia pada 12 November 2021.

Pemulangan wang tersebut telah diserahkan menerusi Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (Assets Recovery Trust Account) milik Kementerian Kewangan Malaysia berjumlah AS$864, 813.27.

Sebelum ini, kerajaan Singapura juga telah membantu dalam pemulangan aset sebanyak AS$15.4 juta kepada Malaysia melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd milik Tawfiq dan Samuel.

Selain itu, SPRM juga sedang dalam usaha untuk pemulihan aset bagi negara-negara seperti Switzerland, Kuwait, Mauritius, Cyprus, Hong Kong yang melibatkan individu yang mempunyai kaitan dengan kes 1MDB

Pada 12 Mei 2021, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa kira-kira RM1.9 bilion (AS$452.36 juta) telah didepositkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan wang berkenaan adalah sebahagian daripada dana 1MDB yang telah disita.

Sehingga kini, Akaun Amanah tersebut di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara dan telah menerima sebanyak RM16.05 bilion dana yang disita serta dipulangkan berkaitan 1MDB.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!