X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Bot terbalik, remaja perempuan dikhuatiri lemas

Pasukan bomba tiba ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat bot terbalik dan seorang mangsa dikhuatiri lemas dalam kejadian di perairan Kampung Semawang, Batu 19, Sandakan.
A
A

SANDAKAN - Seorang remaja perempuan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut dalam kejadian di perairan Kampung Semawang, Batu 19, di sini, pada malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, remaja berusia 14 tahun terbabit terjatuh bersama tiga lagi mangsa lain selepas bot dinaiki mereka terbalik di perairan berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.50 malam.

"Menurut laporan, terdapat sebuah bot terbalik ketika dalam perjalanan dari Kampung Semawang Laut ke Kampung Semawang Darat pada jam 6 petang dan terdapat empat mangsa terhumban ke dalam laut.

"Tiga berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung manakala seorang lagi mangsa hilang," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Katanya, setakat ini mangsa belum ditemui dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!