2 sekolah diarah ditutup semula

Sahruddin ketika bercakap kepada pemberita
Sahruddin ketika bercakap kepada pemberita
A
A
A

PASIR GUDANG - Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih yang baharu sahaja kembali beroperasi pagi tadi, diarah ditutup semula.

Arahan penutupan dua sekolah terbabit berikutan terdapat murid mengadu mengalami sesak nafas tengah hari tadi.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor,Dr Sahruddin Jamal berkata, kedua-dua sekolah terbabit akan ditutup buat sementara waktu.

Menurutnya, status keselamatan dua sekolah tersebut akan diputuskan selepas perbincangan dalam Jawatankuasa Tindakan Bencana.

"Setakat pukul 12.30 tengah hari tadi, lapan murid telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Lebih 10 pelajar pula dirawat di sekolah dan dewan berdekatan," kata beliau kepada pemberita selepas ditemui di Dewan Taman Pasir Putih di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada punca kejadian dikaitkan dengan pencemaran udara, Dr Sahruddin berkata, pelbagai faktor boleh mempengaruhi.

"Sebelum ini pihak Jabatan Alam Sekitar dan Hazmat (Bomba) dah buat penilaian dan sahkan keadaan selamat, itu sebab kita buka sekolah.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, pihak sekolah hubungi kita dan mendakwa ada pelajar didapati ada yang sesak nafas dan sebagainya iaitu simptom disebabkan pencemaran udara berikutan pembuangan sisa kimia," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua sekolah terjejas diarah tutup hingga Ahad

Pencemaran bahan kimia: Mangsa 79 orang, tiada kes baharu

Beliau berkata, punca sebenar bagaimanapun belum dikenal pasti.

Selain itu, kontraktor untuk membersihkan sisa kimia di sungai berkenaan telah dilantik dan dijangka memulakan kerja pembersihan pada hari ini.

"Pembersihan dijangka mengambil masa lima hari dan meliputi kawasan sungai sejauh 1.3 kilometer," katanya.