Pencemaran bahan kimia: Mangsa 79 orang, tiada kes baharu

Dr Sahruddin (dua, kanan) meninjau pameran berkaitan denggi di aprogram Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Negeri Johor di Taman Kota Masai, hari ini.
Dr Sahruddin (dua, kanan) meninjau pameran berkaitan denggi di aprogram Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Negeri Johor di Taman Kota Masai, hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Mangsa pencemaran bahan kimia berjadual di Sungai Kim Kim dekat sini yang mendapat rawatan mencecah 79 orang sehingga pagi ini.

Namun Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, Dr Shahruddin Jamal berkata tiada kes baharu dilaporkan bermula jam 12 tengah malam tadi sehingga pagi ini.

"Sehingga 8 Mac jam 9.30 malam, Jabatan Kesihatan Negeri Johor melaporkan pertambahan 31 kes menjadikan jumlah keseluruhan 79 kes.

"Di mana enam orang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga orang masih 'intubate' dan kesemuanya stabil," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Negeri Johor, di Taman Kota Masai, hari ini.

Katanya, 31 mangsa masih lagi dirawat di Hospital Sultan Ismail melibatkan dua kanak-kanak, lapan pelajar sekolah rendah, tujuh pelajar sekolah menengah, 14 dewasa termasuk tiga anggota pasukan perubatan dan kesihatan.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai terutama yang berada di kawasan sekitar Sungai Kim Kim agar mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami simptom-simptom tertentu.

"Jabatan Kesihatan menggesa orang awam dapatkan rawatan segera sekiranya ada gejala pedih mata, sakit dada dan sesak nafas apabila mengesyaki terhidu dan terdedah kepada sisa toksik tersebut.

"Pemantauan anggota yang terlibat di tempat operasi diteruskan bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa baik," katanya.

Artikel Berkaitan: