Manchester City bangkit tebus kekalahan kepada PSG

Jesus muncul wira ketika membantu Manchester City menewaskan PSG di Etihad.
Jesus muncul wira ketika membantu Manchester City menewaskan PSG di Etihad.
A
A
A

JARINGAN peledak sensasi Manchester City, Gabriel Jesus pada minit ke-76', sudah memadai untuk The Citizens mengesahkan kemaraan ke Pusingan 16 Terbaik Liga Juara-Juara apabila menewaskan gergasi Ligue 1, Paris St Germain 2-1 di Etihad.

Biarpun begitu Les Parisiens kendalian Mauricio Pochettino turut mengiringi The Citizens dikemudikan Pep Guardiola ke fasa kalah mati kejuaraan berprestij kelab benua Eropah itu apabila pencabar terdekat Club Brugge tewas mengejut kepada RB Leipzig 5-0 di laman sendiri.

Pada 45 minit pertama, Manchester City ternyata menguasai perlawanan apabila mencipta deretan peluang dan beberapa percubaan ke arah gawang PSG menerusi Iklay Gundogan dan Riyad Mahrez.

Ini sekali gus mengehadkan pergerakan bintang sensasi pelawat Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Neymar yang pertama kali digandingkan bersama di bumi Inggeris.

Bagaimanapun empat minit separuh masa kedua bersambung,

Mbappe meletakkan pelawat di depan pada minit ke-50' selepas penyerang Perancis itu menyudahkan hantaran Messi untuk mendahului 1-0.

Kedudukan itu tidak kekal lama apabila Raheem Sterling berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-63' sekali gus menyalakan kembali saingan kedua-dua kelab berstatus mewah dunia tersebut.

Untuk rekod pada perlawanan pusingan pertama di Parc des Princes, Paris hujung September lalu, PSG menewaskan Manchester City 2-0 hasil jaringan

Artikel Berkaitan:

Idrissa Gueye minit kelapan dan Lionel Messi (74').

Berbaki satu perlawanan, Manchester City kini mendahului Kumpulan A dengan 12 mata diikuti PSG lapan dan Leipzig dan Club Brugge, masing-masing dengan empat mata, yang bersaing merebut slot ketiga bagi Liga Europa.

LIGA JUARA-JUARA

Keputusan

Manchester City 2-1 PSG

Mbappé 50'

Sterling 63'

Gabriel Jesus 76'

Atlético Madrid 0-1 AC Milan

Junior Messias 87'

Sheriff 0-3 Real Madrid

Alaba 30'

Kroos 45+1'

Benzema 55'

Club Brugge 0-5 RB Leipzig

Nkunku 12', 90+3'

Forsberg (P)17', 45+1'

André Silva 26'

Liverpool 2-0 FC Porto

Thiago 52'

Salah 70'

Sporting CP 3-1 Borussia Dortmund

Pote 30', 39'

Pedro Porro 81'

Malen 90+3'

Inter Milan 2-0 Shakhtar Donetsk

Džeko 61', 67'

Beşiktaş 1-2 Ajax Amsterdam

Ghezzal (P)22'

Haller 54', 69'

Spartak Moscow 2-1 Napoli

Sobolev (P) 3', 28'

Elmas 64'