Dijel 43 tahun kerana juri tersilap buat keputusan

KEVIN STRICKLAND - Foto CBS
KEVIN STRICKLAND - Foto CBS
A
A
A

KANSAS - Seorang hakim di negeri Missouri, Amerika Syarikat mengarahkan seorang lelaki kulit hitam yang menjalani hukuman penjara selama 43 tahun dibebaskan segera pada Selasa setelah dia didapati tidak melakukan pembunuhan terhadap tiga orang lelaki.

Kevin Strickland, 62, disabitkan kesalahan oleh sekumpulan juri berkulit putih pada tahun 1979 kerana membunuh tiga lelaki tersebut di bandar raya Kansas dan dia kemudian dihukum penjara seumur hidup.

Ketika itu, Srickland menegaskan dia tidak bersalah dan Pejabat Pendakwa Raya Mukim Jackson kemudian bersetuju pada awal tahun ini bahawa lelaki berkulit hitam tersebut tersilap dibicarakan di mahkamah.

Selepas mengkaji semula kes itu, Hakim James Welsh memerintahkan dia dibebaskan dengan segera.

Strickland disabitkan kesalahan selepas perbicaraan kedua berlangsung berhubung kejadian tiga lelaki diikat dan ditembak mati pada 25 April 1978.

Ia diadakan selepas perbicaraan pertamanya dilaporkan berlaku kesilapan.

Satu-satunya mangsa yang terselamat, Cynthia Douglas mengenal pasti Strickland sebagai salah seorang daripada empat lelaki yang melepaskan tembakan tetapi dia kemudian menarik semula kenyataannya itu.

Dua daripada lelaki yang disabitkan dengan pembunuhan itu menyatakan lelaki kulit hitam tersebut tidak terlibat dalam kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

Tidak ada bukti yang mengaitkan Strickland dengan jenayah tersebut dan lelaki berkulit hitam itu menyediakan bukti bahawa dia tidak berada di tempat kejadian. - Agensi