X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

'Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional'

Nik Mohamad Abduh
A
A

SHAH ALAM – Sebaik-baik perjanjian yang termeterai sejak berpuluh tahun adalah di Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) yang membentuk Muafakat Nasional (MN), kata Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, ini kerana ia perjanjian yang diberkati ALLAH SWT ‘dengan serta-merta’ dan kurniaan hujanan air mata rakyat di seluruh negara.

“Ia menyatukan dua kumpulan besar umat Islam yang bertelagah sejak puluhan tahun,” katanya menerusi tulisan di Facebooknya pada Selasa.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata, perjanjian berkenaan juga meruntuh segala marak kemarahan dan dendam serta terbinanya rahmat dan kasih sayang sesama umat.

“Jika Pas boleh bertahan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) selama lebih tujuh tahun demi bersama menentang ketidakadilan kerajaan Barisan Nasional (BN) masa itu, maka tidak malukah kita pada ALLAH SWT, jika tidak mahu malu pada diri sendiri dan pada rakyat, dengan membiarkan api kepanasan terus mara dan marak sesama pemimpin yang pasti boleh menyebabkan MN runtuh dalam tempoh yang singkat?

“Gembirakah kita untuk kembali menukarkan air mata kasih sayang dan kegembiraan kepada kebencian, dendam dan berburuk sangka sesama umat?” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Pas Selangor beri bayangan kekal pertahan Muafakat Nasional

ARTIKEL BERKAITAN:Pendirian parti: Pas Johor serah kepada pimpinan tertinggi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!