Selangor sedia peruntukan RM155,000 bantu rumah perlindungan

Mohd Khairuddin (tiga dari kanan) beramah mesra bersama wakil rumah perlindungan dan kebajikan selepas penyerahan sumbangan berkenaan pada Selasa.
Mohd Khairuddin (tiga dari kanan) beramah mesra bersama wakil rumah perlindungan dan kebajikan selepas penyerahan sumbangan berkenaan pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan sebanyak RM155,000 bagi membantu 31 buah rumah perlindungan dan kebajikan di negeri ini.

Exco Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Pembangunan Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, sumbangan untuk tahun kedua berturut-turut itu turut mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi memastikan pembangunan sosial penghuni rumah terlibat dapat dilaksanakan dengan baik.

Beliau berkata, sejumlah RM116,000 diperuntukkan kepada 29 buah rumah perlindungan dan kebajikan di negeri ini tahun lalu, menerusi inisiatif sama.

"Secara keseluruhan, inisiatif ini telah menyumbang peruntukan berjumlah RM271,000 bagi membantu operasi rumah perlindungan terbabit," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan di Dewan Jubli Perak di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Mohd Khairuddin berkata, pihaknya kini sedang merancang melibatkan penghuni rumah perlindungan dan kebajikan termasuk rumah perlindungan bukan Islam untuk program belia anjuran kerajaan negeri.

"Insya-ALLAH, sesi dialog bersama rumah perlindungan dan kebajikan di negeri ini juga akan diadakan membabitkan keselamatan penghuni rumah terlibat," katanya.

Artikel Berkaitan: