4.03 tan ketum gagal diseludup

Azhar (dua kiri) dan Rosman (dua kanan) menunjukkan antara daun ketum yang berjaya dirampas oleh pihak berkuasa pada Op Benteng Kawalan Sempadan Darat Malaysia - Thailand di Bukit Kayu Hitam pada Selasa.
Azhar (dua kiri) dan Rosman (dua kanan) menunjukkan antara daun ketum yang berjaya dirampas oleh pihak berkuasa pada Op Benteng Kawalan Sempadan Darat Malaysia - Thailand di Bukit Kayu Hitam pada Selasa.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara berjaya menggagalkan usaha menyeludup 4.03 tan daun ketum bernilai RM120,000 sepanjang kawalan Op Benteng Kawalan Sempadan Darat Malaysia - Thailand bermula 24 Oktober lalu sehingga Selasa.

Pegawai Pemerintah Batalion 3, Superintendan Azhar Hashim berkata, pihak berkuasa juga menahan enam individu yang cuba menyeludup ke negara jiran membabitkan nilai rampasan keseluruhan RM135,855.

Menurutnya, rampasan lain yang dilakukan dalam op benteng tersebut adalah sebuah kenderaan (RM10,000), telefon bimbit (RM400), beg galas (RM30) dan dompet (RM10).

"Daun hijau disyaki daun ketum dirampas di kawasan Wang Kelian seberat 2.5 tan, dan 0.5 tan di kawasan Padang Besar mankala 0.7 tan di kawasan Chuping," katanya pada sidang akhbar di Bangunan PGA, Bukit Kayu Hitam, dekat sini pada Selasa.

Azhar (kanan) menerangkan 15 kejayaan yang berjaya dicatatkan oleh pada Op Benteng Kawalan Sempadan Darat Malaysia - Thailand di Bukit Kayu Hitam pada Selasa. Turut kelihatan Rosman (kiri).
Azhar (kanan) menerangkan 15 kejayaan yang berjaya dicatatkan oleh pada Op Benteng Kawalan Sempadan Darat Malaysia - Thailand di Bukit Kayu Hitam pada Selasa. Turut kelihatan Rosman (kiri).

Hadir sama, Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Asisten Komisioner Rosman Kasman; Pegawal Pemerintah Unit Berkuda, Deputi Superintendan Nurhidayah Damanhoori dan juruterbang Unit Udara PDRM, Superintendan Ras Nazrin Shah Abdullah.

Azhar turut memberitahu, aktiviti pendatang asing tanpa izin (PATI) meningkat di kawasan sempadan dan Batalion 3 PGA menahan enam orang individu membabitkan tiga lelaki warga Myammar di kawasan Bukit Kayu Hitam, seorang lelaki Thailand di kawasan KTM Padang Besar dan seorang wanita Thailand bersama seorang lelaki warga Malaysia di kawasan KTM Padang Besar.

Tambah beliau, pasukan itu mendapat kerjasama Unit Berkuda, Pasukan Simpanan Persekutuan PDRM dan Pasukan Gerakan Udara PDRM untuk kawalan lebih ketat di sempadan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Rosman berkata, kehadiran unit berkuda di sempadan Kedah dan Perlis dapat membantu pasukan penguat kuasa sedia ada menjaga sempadan di dua negeri ini dan negara jiran sejauh 105 kilometer.

Menurutnya, maklumat yang diterima, kehadiran unit berkuda berjaya mengurangkan kes penyeludupan dan mendapat reaksi positif daripada penduduk tempatan.

Azhar (tujuh kiri) dan Rosman (lapan kiri) bersama sebahagian anggota yang terlibat dalam Op Benteng Kawalan Sempadan Darat Malaysia - Thailand di Bukit Kayu Hitam pada Selasa.
Azhar (tujuh kiri) dan Rosman (lapan kiri) bersama sebahagian anggota yang terlibat dalam Op Benteng Kawalan Sempadan Darat Malaysia - Thailand di Bukit Kayu Hitam pada Selasa.

"Keadaan semulajadi dan pergerakan kuda yang senyap semasa anggota melakukan rondaan dapat membantu menyekat aktiviti penyeludupan terutama daun ketum.

"Rondaan berkuda sesuai dilakukan di kawasan berbukit, hutan dan kebun getah. Kehadiran unit ini berjaya menyumbang kepada keselamatan negara. Kita telah memohon lokasi untuk menempatkan kuda di kawasan strategik di seluruh negara," katanya.

Tambahnya, unit berkuda juga akan diperluaskan untuk menjaga sempadan di seluruh negara.

"Buat masa ini kita mempunyai 53 ekor kuda dan selepas ini akan ada penambahan 30 unit lagi kuda yang akan diimport dari Argentina dan Belgium," ujarnya.