Sembilan warga asing ditahan di pusat hiburan

Warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Pasir Gudang di sini pada Ahad.
Warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Pasir Gudang di sini pada Ahad.
A
A
A

PASIR GUDANG - Polis menahan seramai sembilan warga asing ketika sedang leka berhibur di sebuah pusat hiburan di Johor Jaya di sini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, penahanan kesemua suspek termasuk enam wanita berusia 28 hingga 38 tahun itu dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.

Katanya, dalam serbuan kira-kira jam 10.30 malam itu, tujuh daripada warga asing dari negara jiran itu turut didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Dalam serbuan ini, polis juga menemui satu kotak besi mengandungi barang disyaki dadah jenis ecstasy dan penimbang digital.

"Turut dirampas, tiga bungkus serbuk minuman mengandungi dadah; satu peket lutsinar disyaki syabu anggaran 0.35 gram yang dirampas dalam stoking seorang daripada suspek yang ditahan, selain wang tunai campur berjumlah RM356,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Mohd Sohaimi berkata, pemeriksaan dilakukan juga mendapati kesemua suspek itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kami akan reman kesemua suspek ini selama 14 hari atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB 2021), Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63, selain Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: