Lelaki rentung kereta terbakar

Keadaan Perodua Alza dinaiki mangsa yang 100 peratus terbakar dalam kejadian di Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas di Kuala Terengganu pada Sabtu. - Foto ihsan pembaca

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki rentung selepas kereta dipandu terbakar dalam kejadian di Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas di sini pada Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 7.05 malam meragut nyawa, Mohd Azizi Jaafar, 37, yang dikatakan gagal keluar menyelamatkan diri dari kereta jenis Perodua Alza yang terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba, Rozizah Abni Hajar berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.07 malam sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

Mangsa dikatakan gagal keluar menyelamatkan diri setelah kereta dinaiki terbakar dalam kejadian di Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas di Kuala Terengganu pada Sabtu. - Foto ihsan pembaca

"Sebaik tiba di lokasi terdapat dua buah kereta terbakar iaitu Perodua Viva dan Perodua Alza.

"Mangsa yang ketika itu berada di dalam Perodua Alza telah 100 peratus terbakar, manakala sebuah lagi kereta terbakar 80 peratus," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Menurut Rozizah, kerja-kerja memadam kebakaran itu menggunakan dua aliran hose reel dan mayat mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat.

"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: