Bukti rakyat Melaka masih sokong BN: Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (tiga dari kanan) bersama kepimpinan parti dan calon BN pada PRN Melaka selepas sidang media di Bilik Gerakan Utama BN di Taman Botanikal, Ayer Keroh pada Sabtu.
Ahmad Zahid (tiga dari kanan) bersama kepimpinan parti dan calon BN pada PRN Melaka selepas sidang media di Bilik Gerakan Utama BN di Taman Botanikal, Ayer Keroh pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Barisan Nasional (BN) menyifatkan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sungguh besar ertinya pada parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan ini memperlihatkan perubahan sikap rakyat dan pengundi-pengundi Melaka telah kembali menyokong mereka.

"Alhamdulillah pengundi dan rakyat Melaka telah memberi mandat semula kepada Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan negeri, sokongan rakyat Melaka amat-amat dihargai oleh Barisan Nasional," katanya ketika sidang akhbar di Barisan Nasional (BN) di Taman Botanikal di sini, pada Sabtu.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, bagi seluruh kepimpinan BN, dengan rasa rendah diri dan berterima kasih kepada rakyat yang memberi peluang sekali lagi kepada parti itu.

Menurutnya,dengan kemenangan ini BN mengiktiraf permintaan rakyat yang mahukan kestabilan politik dapat kembali di negeri ini.

"Hari ini isyarat yang jelas telah diberikan oleh rakyat negeri Melaka, mereka telah mengundi selaras dengan agenda kestabilan politik demi kemakmuran negeri Melaka yang menjadi teras kepada aku janji BN.

"Sesungguhnya BN mendengar isihati orang-orang Melaka," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengesahkan BN memenangi 15 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah itu adalah bagi keseluruhan pengundian setakat jam 9.42 malam.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my