PRN Melaka: 50 peratus keluar mengundi sehingga 2 petang

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (kanan) membantu pengundi yang hadir mengimbas kod QR MySejahtera sebelum dibenarkan mengundi di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal di sini hari ini. - Foto Bernama
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (kanan) membantu pengundi yang hadir mengimbas kod QR MySejahtera sebelum dibenarkan mengundi di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal di sini hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Sebanyak 50 peratus pengundi telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sehingga jam 2 petang Sabtu.

Perkara tersebut disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Peratus keseluruhan keluar mengundi biasa bagi PRN Melaka Ke-15 pada jam 2 petang adalah sebanyak 50 peratus,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmakrudin Ishak berkata, seramai 476,037 orang pengundi mengundi di PRN Melaka.

Menurut beliau, sebanyak 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian dengan seramai 12,290 orang petugas akan bertugas bagi proses pengundian.

Pada 18 Oktober, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, SPR mensasarkan kira-kira 70 peratus daripada pengundi yang layak akan keluar mengundi.

Katanya, sasaran itu agak rendah berbanding jumlah biasa pada pelaksanaan pilihan raya sebelum ini dengan mengambil kira tempoh pandemik Covid-19 yang belum berakhir.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: