Covid-19: 5,859 kes hari ini

Foto fail Bernama
Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sebanyak 98.3 peratus atau 5,757 kes daripada 5,859 kes baharu yang dilaporkan pada Sabtu adalah daripada kategori satu dan dua, manakala selebihnya iaitu 102 kes melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula mencatatkan 4,970 kes menjadikan kumulatif kes yang pulih daripada jangkitan kini berjumlah 2,482,284, dan hanya satu kluster baharu dikenal pasti menjadikan kluster aktif kini 240.

“Sebanyak 529 kes sedang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 261 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 pada Sabtu.

Beliau turut memaklumkan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini adalah 1.01 dengan Labuan mencapai Rt tertinggi iaitu 1.13 diikuti Putrajaya (1.12), Kuala Lumpur (1.09), Kelantan (1.08) dan Selangor (1.07).

Untuk rekod jumlah kes positif ialah 6,355 kes, turun sedikit berbanding 6,380 kes pada Jumaat.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 dimuat naik ke laman sesawang CovidNow di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. - Bernama

Artikel Berkaitan: