Calon Iman mahu selesai masalah kebajikan penduduk Machap jaya

Abdul Aziz ketika berdebat pada program debat ‘BERANI SEMUKA’ bertajuk ‘Kenapa Perlu Pilih Kami’ yang disiarkan secara langsung di platform Sinar Harian pada Jumaat.
Abdul Aziz ketika berdebat pada program debat ‘BERANI SEMUKA’ bertajuk ‘Kenapa Perlu Pilih Kami’ yang disiarkan secara langsung di platform Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Calon Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Machap Jaya, Abdul Aziz Osani Kasim bertekad mahu menyelesaikan isu kebajikan yang dihadapi masyarakat di kawasan tersebut.

Beliau yang merupakan seorang usahawan berkata, pengalamannya terlibat secara aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan di kawasan terbabit menunjukkan bahawa masih banyak keperluan masyarakat setempat yang perlu diberikan perhatian.

Menurutnya, ia meliputi isu pendidikan, kebajikan, keagamaan dan juga pembangunan infrastruktur.

“Jadi sekiranya saya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, saya akan melaksanakan kerja-kerja amal saya untuk seluruh DUN Machap Jaya.

“Parti kami yang baru berusia dua tahun ini mungkin masih baharu, namun hasrat kami ikut serta bertanding pada kali ini adalah untuk membantu penduduk setempat tidak kira kaum dan menyambung kerja kebajikan yang perlu saya selesaikan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ketika program debat ‘BERANI SEMUKA’ bertajuk ‘Kenapa Perlu Pilih Kami’ yang disiarkan secara langsung di platform Sinar Harian pada Jumaat.

Program tersebut turut menyaksikan kehadiran Bakri Jamaluddin yang merupakan Calon Perikatan Nasional di DUN Klebang, Zairi Suboh (PH-DUN Taboh Naning), Dr Aluwi Sari (Putra-DUN Pengkalan Batu) dan Datuk Dr Norazlanshah Hazali (Bebas-DUN Serkam).

Mengulas mengenai pembangunan infrastruktur, Abdul Aziz berkata, beliau akan membangunkan sebuah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sekiranya dipilih bagi memudahkan urusan masyarakat di kawasan tersebut yang terdiri daripada peneroka dan penduduk pendalaman.

Artikel Berkaitan:

Katanya, beliau turut akan memberikan perhatian terhadap isu kekurangan pengangkutan awam dan juga peningkatan liputan internet dan jalur lebar

Pada sama, Abdul Aziz berkata, beliau juga juga akan memastikan agar cara pengagihan bantuan kepada kepada masyarakat ditambah baik supaya lebih teratur dan sampai kepada kesemua golongan yang memerlukan.

"Pengagihan bantuan yang diberikan perlu lebih menyeluruh dan tidak hanya terhad kepada kumpulan B40 memandangkan kesan pandemik Covid-19 memberikan impak yang negatif kepada hampir keseluruhan peringkat masayarakt.

“Jadi saya rasa kita perlu kenal pasti dengan lebih teliti golongan yang memerlukan tidak kira B40 mahupun M40,” ujarnya yang merupakan pengasas Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ar Rayyan.

Pada masa sama, Abdul Aziz berkata, selain masalah banjir, perkara lain yang akan diberikan perhatian di peringkat negeri sekiranya beliau dipilih adalah isu pengkebumian masyarakat beragama Hindu di tanah perkuburan di Tebung, Melaka.

“Isu itu hampir 25 tahun tidak dapat diselesaikan dan saya dah turun padang dan melawat ke tapak tersebut. Masalah itu boleh sekiranya ada perancangan yang baik,” ujarnya.

Dijangkakan seramai 476,037 rakyat di Melaka akan keluar mengundi pada PRN Melaka ke-15 pada Sabtu.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my