BN jamin mudahkan pajakan, urusniaga tanah jika diberi mandat

Sulaiman ketika sidang akhbar di Melaka pada Jumaat.
Sulaiman ketika sidang akhbar di Melaka pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Barisan Nasional (BN) memberi jaminan akan meminda Malacca Land Rules 1966 yang membolehkan permohonan lanjutan tempoh pajakan tanah dibuat ketika tempoh pajakan berbaki 10 tahun berbanding yang dibenarkan pada tahun terakhir.

Ketua Menteri Melaka sementera, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, perlaksanaan itu akan dibuat sekiranya BN diberi mandat memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok.

“Sekiranya BN diberikan mandat, saya berjanji akan meminda Malacca Land Rules 1966 bagi memudahkan lagi urusan mengenai urus niaga tanah. Ini seperti mana yang terkandung dalam manifesto BN.

“Di bawah teras ketiga manifesto BN, iaitu kecekapan tadbir urus kerajaan, BN akan meminda peraturan dan undang-undang bawah kerajaan, meminda Malacca Land Rules 1966.

“Urus niaga ini termasuk permohonan bagi perlanjutan tempoh pajakan tanah. Dalam hal ini pemilik tanah termasuk di kampung baru dan rumah kedai boleh memohon pelanjutan tempoh pajakan apabila berbaki 10 tahun,” katanya ketika sidang akhbar di sini, pada Jumaat.

Beliau yang juga calon Ketua Menteri Melaka BN menjelaskan, pembaharuan tempoh pajakan sebelum ini mengambil masa yang agak lama, justeru dengan pindaan yang mahu dilaksanakan nanti akan menjadikan urus niaga lebih cepat.

“Sebelum ini tunggu di saat akhir, mungkin tahun terakhir baru boleh mohon untuk lanjutkan tempoh pajakan,” katanya.

Beliau pada masa sama turut berikrar untuk melaksanakan segala perancangan yang tertangguh sejak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk meneruskan projek jangka panjang bagi menangani isu banjir di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau yakin BN yang bakal dibarisi oleh kepimpinan-kepimpinan baharu dapat memberikan khidmat terbaik untuk menangani isu-isu rakyat.

“Kita sudah ada rancangan yang akan dilaksanakan. Kita ada lebih RM930 juta yang telah pun diluluskan tetapi ini mengambil masa yang lama sehingga lima tahun.

“Seperti di Sungai Duyong, Taman Bukit Beruang dan banyak lagi rancangan mahu dilaksanakan untuk tempoh jangka masa pendek. Jadi bagi elak banjir berulang, langkah jangka pendek, sederhana sudah ada dalam rancangan kita,” katanya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

ARTIKEL BERKAITAN:Sulaiman rayu masyarakat Tionghua sokong calon MCA