50 aduan pokok tumbang di Shah Alam

Laporkan segera kepada pihak MBSA di talian ​1800​884477 sekiranya ada kejadian pokok tumbang di kawasan anda
Laporkan segera kepada pihak MBSA di talian ​1800​884477 sekiranya ada kejadian pokok tumbang di kawasan anda
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 50 aduan pokok tumbang diterima Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sehingga jam 7.15 malam ini.

Menteri Besar, Amirudin Shari memaklumkan hal itu susulan kejadian angin kencang dan ribut petir di sekitar Shah Alam petang tadi.

"Unit Bencana Selangor sedang memantau keadaan semasa dan bersedia menyalurkan bantuan kecemasan. Bilik Gerakan Pantas MBSA sentiasa memantau keadaan semasa.

"Laporkan segera kepada pihak MBSA di talian ​1800​884477 sekiranya ada kejadian pokok tumbang di kawasan anda," kongsinya menerusi status akaun Facebooknya.

Beliau turut menasihatkan orang awam mengehadkan aktiviti luar dengan mendahulukan keselamatan diri.

" Saya berharap semua pihak dapat menghentikan aktiviti luar sekiranya ada tanda-tanda ribut petir akan berlaku," katanya.

Beberapa lokasi dilaporkan terjejas dengan insiden pokok tumbang dalam kejadian ribut petir jam 5 petang tadi antaranya Seksyen 8 berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Jalan Liku Shah Alam dan Dewan Angsana Shah Alam.

Artikel Berkaitan: