Undang lebih banyak konflik

AHMAD YUNUS
AHMAD YUNUS
A
A
A

SHAH ALAM - Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa kerjasama Umno-Pas ibarat 'perang' terhadap orang bukan Melayu dapat memberi kesan terhadap perpaduan rakyat di negara ini.

ADUN Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perkataan yang digunakan oleh Guan Eng di dalam kenyataannya itu dapat mengundang lebih banyak konflik di kalangan masyarakat negara ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum.

Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin di dalam kerajaan, Guan Eng sepatutnya menjaga sensitiviti setiap kaum di negara ini.

"Adalah sangat baik sekiranya belau menggunakan perkataan yang baik dan mengharmonikan.

"Rakyat lebih suka jika prinsip yang diperjuangkan semasa mereka masih lagi pembangkang, tetap di bawa sehingga hari ini," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal, Guan Eng yang juga merupakan Menteri Kewangan menyifatkan kerjasama antara UMNO dan Pas sebagai satu 'pengisytiharan perang' ke atas masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di bawah panji penyatuan Melayu.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya telah menukar frasa ayat 'pengisytiharan perang' kepada 'menyasarkan'/

Kenyataan Guan Eng itu dibuat susulan UMNO-Pas secara rasminya menjalinkan kerjasama ke arah penyatuan ummah dengan mengambil kira masyarakat Malaysia yang majmuk tanpa meminggirkan agama dan bangsa lain.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Yunus berkata, Pas sebagai pembangkang di Selangor memberi peringatan kepada Guan Eng agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya dalam perkara melibatkan perpaduan masyarakat di negara ini.

"Kami berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan melalui lunas undang-undang bagi memberikan pengajaran kepada mereka yang cuba untuk memporak-perandakan keharmonian negara," katanya.