Seorang ahli Geng 35 dicekup

Tatoo pada badan suspek.
Tatoo pada badan suspek.
A
A
A

KULIM - [DIKEMASKINI] Seorang ahli kongsi gelap Geng 35 ditangkap polis di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, penahanan itu dibuat seorang pegawai kanan polis di hadapan (IPD) Kulim dalam Ops Cantas Khas.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek berusia 28 tahun dari Taman Kuala Selangor terlibat dengan kumpulan kongsi gelap.

"Semasa berada di hadapan IPD Kulim, seorang pegawai kanan polis telah menunjukkan kad kuasa dan memperkenalkan diri kepada suspek pada jam 10.30 pagi.

"Hasil pemeriksaan pada badan lelaki itu mendapati terdapat satu tatu di bahagian belakang badan dipercayai ahli kumpulan Geng 35," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal suspek tidak mengaku terlibat dalam kumpulan kongsi gelap.

"Suspek ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 56 (1) Kanun Keseksaan dan seksyen 43 Akta Pertubuhan 1960 dalam daerah Kulim," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut akan diteruskan selepas prosiding reman dijalankan.

Artikel Berkaitan: