X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 26 Mei 2022

Kelantan ambil serius isu banjir kilat

Foto hiasan. (Gambar kecil: Mohd Amar)
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengambil serius masalah perparitan yang menyebabkan masalah banjir kilat setiap kali hujan lebat.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan dan jurutera sudah dilakukan untuk mencari pendekatan terbaik dalam menyelesaikan masalah tersebut.

"Misalnya, di kawasan saya sendiri iaitu di Panchor, ada pemaju yang membuat projek perumahan di kawasan rendah dan kerja-kerja menambak tanah tidak dilakukan dengan secukupnya.

"Semua penduduk kampung tahu kawasan itu rendah, namun disebabkan pemaju orang luar mungkin dia tidak tahu keadaan tanah. Jadi, bila hujan lebat kawasan itu akan tenggelam," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini pada Rabu.

Menurut beliau, sebab itulah kerajaan negeri menitik beratkan aspek perancangan awal sebelum memulakan satu-satu projek.

Beliau berkata, banjir kilat bukan hanya berlaku di Kelantan sahaja ia turut melibatkan negeri-negeri lain termasuklah Kuala Lumpur.

Sebelum ini tular di laman-laman sosial Facebook dan aplikasi Tiktok yang memaparkan beberapa lokasi di sekitar bandar ini ditenggelami air akibat masalah perparitan.

Antara lokasi yang tular itu ialah Panji dan Taman Bendahara Pengkalan Chepa serta jalan Kota Kubang Labu ke Wakaf Bharu di Tumpat.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!