X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

'Dulu sombong, sekarang mula ajak berbincang ' - Wan Saiful

Wan Saiful (dua,kanan) dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Bersatu Hang Tuah Jaya pada Rabu
A
A

MELAKA - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan, mendedahkan ada parti yang mula menawarkan perbincangan hala tuju pembentukan kerajaan negeri selepas Pilhan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau menyifatkan keadaan itu mungkin kerana ketika ini semua parti berdepan situasi mencabar.

"(Parti) yang sombong dulu pun dah mula kata 'mungkin kita sudah boleh bincang lepas PRN'. Sebab itu jangan sombong awal," katanya pada sidang akhbar di pejabat Bersatu Hang Tuah Jaya, di sini pada Rabu.

Beliau sebelum itu mengulas berkenaan tahap keyakinan PN untuk mendapatkan majoriti kerusi dalam PRN.

Beliau berkata, PN optimis dengan potensi untuk memenangi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya tidak mahu kata kita selesa tapi kita yakin bahawa potensi itu ada.

"Saya perlu sebut, semua parti, situasinya adalah mencabar,"katanya.

PRN Melaka menyaksikan perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak membenarkan kempen dari rumah ke rumah termasuk penganjuran ceramah terbuka yang kebiasaannya menjadi kayu pengukur buat parti-parti politik yang bertanding menilai sokongan pengundi.

Keluhan calon-calon dan pemimpin parti agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melonggarkan SOP kempen juga tidak dilayan sehingga masuk hari ketiga terakhir tempoh berkempen.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!