Sila log masuk terlebih dahulu.

Rakyat minta KWSP bersasar, tapi dapat FSA2 i-Cagar - Wan Saiful

A
A
A

BERITA SEMASA 8 MEI 2023

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak lari daripada masalah.

Ia susulan kenyataan terbaharu Perdana Menteri tentang pendiriannya tidak benarkan satu lagi pengeluaran KWSP untuk pencarumnya.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Wan Saiful berkata, rakyat hilang pekerjaan, kereta dan motor ditarik serta sewa rumah tidak dapat dijelaskan.

Bagaimanapun jelasnya, perkara tersebut bukanlah tekanan politik dan modal Pilihan Raya Negeri (PRN) tetapi ia adalah realiti dihadapi pencarum.

Wan Saiful menambah, persoalan yang diajukan kepada Anwar mengenai nasib pencarum yang disenaraihitam, diluluskan permohonan oleh MBSB tetapi dana disekat juga masih tidak dijawab.

Sedangkan katanya, permohonan diluluskan namun duit tidak dapat dan ansuran bulanan perlu dibayar.

Perkara tersebut menimbulkan keresahan rakyat yang menuntut Menteri Kewangan memberi penyelesaian.

Artikel: https://bit.ly/3M4OOjR

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian