Bunga Raya 7's siap siaga redah gelora Dubai

Mohd Saizul bersama para pemain Bunga Raya 7's lelaki negara yang membawa cabaran negara Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia di Sport City Dubai.
Mohd Saizul bersama para pemain Bunga Raya 7's lelaki negara yang membawa cabaran negara Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia di Sport City Dubai.
A
A
A

SKUAD Bunga Raya Tujuh Sebelah (7's) lelaki sudah bersedia memberikan persembahan terbaik dalam kejuaraan Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia di Sport City Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 19 hingga 20 November ini.

Ketua Jurulatih Bunga Raya 7's lelaki, Mohd Saizul Hafifi Md Noor berkata, para pemainnya yang sudah bersedia fizikal dan mental akan mengambil pendekatan satu perlawanan ke satu perlawanan di kejuaraan itu.

"Alhamdulillah, pasukan sudah menjalani persiapan selama dua bulan sebelum ini termasuk mengadakan perlawanan persahabatan dan sebagainya bagi kejohanan ini.

"Pasukan akan memberikan aksi terbaik terutamanya apabila berdepan Filipina manakala menentang Hong Kong dan Korea Selatan yang juga pencabar utama peringkat kumpulan, kami akan mengunakan segala pengalaman bagi menyaingi kedua-dua pasukan ini," katanya.

Seramai 12 pemain dipilih membawa cabaran negara dalam kejuaraan Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia di Sport City Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 19 hingga 20 November ini.

Kejohanan anjuran Ragbi Asia itu merupakan aksi kelayakan Piala Dunia 7's di Afrika Selatan tahun depan kepada dua pasukan terbaik lelaki yang melangkah ke perlawanan akhir kejuaraan ini.

Skuad Bunga Raya 7's lelaki negara diundi dalam Kumpulan A bersama Hong Kong, Korea dan Filipina manakala Kumpulan B terdiri daripada Japan, Sri Lanka, China dan tuan rumah UAE.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya percaya semua pemain yang dipilih bagi menggalas cabaran pada kali ini sudah bersedia memberikan aksi terbaik masing-masing bagi mengharungi cabaran dan berdepan jagoan ragbi Asia serta menampilkan aksi terbaik di kejuaraan tersebut.

Artikel Berkaitan:

INFO

BUNGA RAYA 7'S LELAKI

PENGURUS PASUKAN

Datuk Azaddin Abdul Aziz

KETUA JURULATIH

Mohd Saizul Hafifi Md Noor

PEMAIN:

1. Muhammad Ameer Nasrun Zulkefli (Kapten)

2. Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi

3. Muhammad Zulhisham Rasli

4. Amalul Hazim Nasarrudin

5. Muhammad Kamal Hamidi Mohd Raihan

6. Muhammad Hasif Sharifuddin

7. Hafizie Sudin

8. Adam Ariff Alias

9. Muhd Shah Izwan Nordin

10. Muhammad Fuad Mohd Salleh

11. Wan Azley Wan Omar

12. Muhammad Safiy Md Said