Tiada tawaran tiket bola percuma dari PN

Poster palsu yang tular di media sosial.
Poster palsu yang tular di media sosial.
A
A
A

MELAKA - Perikatan Nasional (PN) menafikan gabungan parti itu menawarkan tiket percuma Perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia antara Melaka dengan Sabah.

Setiausaha Eksekutif PN, Saiful Adli Mohd Arshad berkata, poster tular di media sosial berhubung tawaran itu adalah palsu.

"Ibu Pejabat PN menafikan ada mengeluarkan sebarang poster menawarkan tiket percuma bagi Perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia antara Melaka dengan Sabah.

"Poster yang tersebar menerusi media sosial itu adalah palsu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Poster tular berkenaan memaparkan gambar Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta lambang PN.

Terdapat nota pada poster palsu berkenaan bahawa tawaran tiket percuma itu untuk 30 penyokong terawal sahaja.

Tiket percuma itu juga kononnya boleh dituntut di setiap penyelaras DUN PN.

Artikel Berkaitan: