Perarakan menghairankan haiwan: Dr Asri

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata himpunan sempena Hari Wanita Antarabangsa yang dicemari dengan kehadiran golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), turut boleh menghairankan haiwan.

Menurutnya, perarakan seperti itu bukan sahaja menghairankan manusia yang menuruti fitrah yang ALLAH tetapkan, namun ia juga boleh menghairankan alam haiwan yang sentiasa berada atas ketetapan ciptaan Tuhan.

“Manusia biasanya berkumpul dan melaungkan perasaan untuk menuntut hak yang Tuhan berikan tapi telah dicabuli atau mencari kebaikan demi membela fitrah insani.

“Malangnya bagi golongan songsang mereka berhimpun dan menjerit menuntut supaya kesongsangan hidup mereka diiktiraf. Mereka bukan sahaja mendedahkan keaiban diri mereka bahkan mendedahkan betapa mereka itu 'cacat' mencacatkan fitrah,” katanya dalam perkongsian di laman Facebooknya, hari ini.

Semalam, himpunan yang diadakan di ibu kota oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena Hari Wanita Antarabangsa dicemari dengan kehadiran penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan trnsgender (LGBT)

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam perhimpunan dan perarakan tersebut yang bermula dari pusat beli-belah Sogo hingga Masjid Jamek.

Artikel Berkaitan: