LTSAAS tidak akan dijual: MOT

Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk meluluskan pengambilan atau menjual bahagian Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) kepada mana-mana entiti perniagaan swasta.
Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk meluluskan pengambilan atau menjual bahagian Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) kepada mana-mana entiti perniagaan swasta.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk meluluskan pengambilan atau menjual bahagian Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) kepada mana-mana entiti perniagaan swasta.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, hak dan pengoperasian lapangan terbang itu kekal seperti yang diperuntukkan di bawah perjanjian pajakan yang diberikan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Jelasnya, menerusi perjanjian itu, MAHB diberi hak mengendali, mengurus dan menyelenggara termasuk menetap, mengguna dan mengawal LTSAAS sehingga tahun 2034 melalui perjanjian operasi dan 2067 melalui perjanjian pajakan.

“MAHB bertanggungjawab mengembangkan LTSAAS sebagai hab aeroangkasa antarabangsa seperti yang diputuskan oleh jemaah menteri pada 2 Mac 2005,” katanya ketika sesi penggulungan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Pada Jun lalu, heboh dakwaan mengatakan kerajaan akan jual atau pajak LTSAAS.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Kementerian Kewangan melalui satu kenyataan menafikan perkara tersebut dengan mengatakan hartanah lapangan terbang merupakan aset strategik kerajaan.

Artikel Berkaitan: