Angka korban serangan pemberontak di Congo meningkat 38 orang

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KIGALI - Angka korban dalam insiden serangan di timur Congo yang dikaitkan dengan pemberontak Pasukan Demokratik Bersekutu (ADF) Uganda meningkat kepada 38 orang.

Pada 11 November, pemberontak menyerang kampung Kisunga di tenggara bandar Butembo di wilayah Kivu Utara, menyebabkan beberapa orang awam terbunuh dan kemudahan kesihatan serta rumah dibakar, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Beberapa lagi mayat ditemukan di sepanjang jalan Kamwanga-Kibasiamwagha menjadikan jumlah korban akibat serangan itu meningkat,” kata Kivu Security Tracker.

Serangan itu adalah antara yang terburuk sejak serangan pada Mei di kawasan Boga dan Tchabi di wilayah Ituri, yang meragut 51 nyawa.

Kebanyakan mangsa yang dijadikan tebusan dibunuh dengan menggunakan parang.

Sementara itu, pada Isnin 18 orang awam maut dalam satu serangan yang dipercayai dilakukan militia Chini ya Kilima di Irumu, menurut badan pemantau keselamatan tersebut.

Sekurang-kurangnya 1,137 orang awam terbunuh di Kivu Utara dan Ituri sejak Mei.

Berikutan itu, Presiden Congo Felix Tshisekedi turut mengisytiharkan di Ituri dan Kivu Utara diletakkan di bawah “state of siege” iaitu pergerakan penduduk di kawasan berkenaan terhad selain anggota keselamatan ditempatkan bagi mengawal keadaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!