Covid-19: Jerman mula hadkan akses kepada golongan antivaksin

Berlin menjadi negeri terbaharu di Jerman yang mengehadkan akses ke restoran, pawagam, muzium dan konsert kepada warganya yang menolak vaksin atau baru pulih daripada Covid-19. (Gambar hiasan). - Foto AP
Berlin menjadi negeri terbaharu di Jerman yang mengehadkan akses ke restoran, pawagam, muzium dan konsert kepada warganya yang menolak vaksin atau baru pulih daripada Covid-19. (Gambar hiasan). - Foto AP
A
A
A

FRANKFURT - Berlin menjadi negeri terbaharu di Jerman yang mengehadkan akses ke restoran, pawagam, muzium dan konsert kepada warganya yang menolak vaksin atau baru pulih daripada Covid-19.

Pada Khamis, Parlimen Jerman dikatakan akan mengundi rang undang-undang baharu bagi sekatan Covid-19 yang dirangka oleh parti-parti yang dijangka membentuk kerajaan seterusnya di negara itu.

Sekatan itu dilapor sedang dipertingkat bagi membenarkan undang-undang yang lebih ketat dikuatkuasakan.

Secara berasingan, ketiga-tiga parti yang berharap untuk memegang jawatan awal bulan depan juga dijangka memperkenalkan mandat vaksin di beberapa kawasan.

Jerman ketika ini sedang bergelut untuk membawa momentum baharu kepada kempen pemvaksinannya.

Hanya lebih dua pertiga daripada populasi telah divaksin sepenuhnya, Jerman juga berusaha berkempen untuk suntikan penggalak.

Pada Jumaat, kadar jangkitan negara meningkat kepada 277.4 kes baharu bagi setiap 100,000 penduduk dalam tempoh tujuh hari.

Jumlah itu meningkat daripada 263.7 hari sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

Institut Robert Koch melaporkan 45,081 jangkitan baharu, dua hari selepas jumlah harian melebihi 50,000 buat kali pertama.

Sebanyak 228 lagi kematian Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Jerman setakat ini kepada 97,617. - Awani