RM36.88 juta hasil kutipan cukai cabutan khas nombor ramalan

Kementerian Kewangan
Kementerian Kewangan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM36.88 juta diperoleh hasil kutipan cukai daripada kelulusan untuk Cabutan Khas Nombor Ramalan hingga September tahun ini, menurut Kementerian Kewangan.

Kementerian itu dalam jawapan yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen memaklumkan kutipan cukai bagi tahun 2020 ialah RM72.53 juta berbanding RM113.29 juta pada tahun 2019.

“Hasil yang diperoleh daripada cabutan khas ini seterusnya akan disalurkan kepada Akaun Amanah Sumber Khas Kementerian Kewangan,” menurut kementerian itu.

Kementerian berkenaan menjawab pertanyaan Loke Siew Fook (PH-Seremban) mengenai jumlah kutipan hasil cukai daripada kelulusan untuk Cabutan Khas Nombor Ramalan bagi tiga tahun tersebut dan ke manakah hasil cukai itu disalurkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: