29.6 peratus pencarum KWSP punyai simpanan kurang RM50,000

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 479,000 atau 29.6 peratus daripada 1.62 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 45 hingga 59 tahun mempunyai simpanan tidak melebihi RM50,000 setakat 30 September lepas.

Kementerian Kewangan dalam jawapan yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen memaklumkan, jumlah tersebut menyaksikan perbezaan yang minimum berbanding 484,000 pencarum yang mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 pada akhir tahun 2019.

“Setakat 30 September 2021, bilangan ahli aktif KWSP yang berumur antara 45 hingga 59 tahun mencatatkan penambahan seramai 55,000 ahli kepada 1.62 juta ahli iaitu peningkatan sebanyak 3.5 peratus sejak 31 Disember 2019 yang merekodkan 1.56 juta ahli aktif KWSP,” menurut kementerian itu.

Kementerian itu menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) mengenai bilangan dan peratusan pencarum KWSP berusia 45 tahun ke atas yang mempunyai jumlah tabungan kurang daripada RM50,000 pada 30 September 2021 berbanding 31 Disember 2019. - Bernama

Artikel Berkaitan: