redONE Mobile bawa kemeriahan Final Piala Dunia 2026 kepada komuniti

Bukan sekadar menawarkan produk eksklusif, redONE Network Sdn Bhd (redONE Mobile) membuktikan peranannya sebagai telekomunikasi komuniti apabila berjaya menjadikan Riuh BOLA SINAR x redONE Mobile x RTM: World Cup Final Live Viewing Party sebagai platform menyantuni masyarakat menerusi pelbagai aktiviti, hadiah menarik dan pengagihan makanan percuma kepada pengunjung.
Acara yang menyatukan peminat bola sepak sempena perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 itu, berlangsung selama 12 jam pada Ahad bermula jam 5 petang hingga 5 pagi Isnin, menyaksikan penglibatan komuniti pelbagai peringkat umur bersama-sama memeriahkan setiap aktiviti yang disusun sejak petang Ahad.

Antara aktiviti yang berlangsung ialah Gelecek Bola Mantap redONE Mobile, Gol Celebration Juara redONE Mobile, Ulasan Bola PRO redONE Mobile, Teka Skor redONE Mobile, Smart Striker-Lympic redONE Mobile serta cabutan bertuah.
Menerusi lima permainan interaktif bertemakan bola sepak tersebut, pengunjung berpeluang merebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM7,000, selain menikmati makanan dan membawa pulang barangan eksklusif redONE Mobile secara percuma.

Pengunjung turut berpeluang memenangi telefon 5G hanya dengan mengimbas kod QR yang dikongsikan sepanjang acara menerusi peraduan imbas & menang.
Lebih menarik perhatian apabila aktiviti yang ditawarkan turut menarik penyertaan peminat cilik bola sepak yang mempamerkan bakat masing-masing, sekali gus menggamatkan lagi suasana tapak program di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.

Ketua Pemasaran redONE Mobile, Jemay Naim berkata, penglibatan redONE Mobile dalam program tersebut antara lain sebagai insiatif bagi membantu komuniti tempatan dan lebih dekat dengan masyarakat.
Pihaknya berbesar hati dengan sambutan masyarakat setempat yang berkongsi keterujaan sempena Final Piala Dunia 2026 dengan menyertai pelbagai aktiviti bersama keluarga.

“Objektif utama bukan hanya untuk menjual produk, tetapi juga untuk menolong dan membantu komuniti tempatan.
“Inisiatif seperti ini mengeratkan hubungan antara jenama redONE Mobile dengan pelanggan dan orang ramai, menjadikannya lebih dekat di hati masyarakat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, selain aktiviti dan hadiah ditawarkan, redONE Mobile turut mengambil insiatif melaksanakan kerjasama KOL TikTok seperti Uncle Tokok, Qiffy, Maneh Colek dan Coffee Ekau untuk pengagihan makanan secara percuma, sekali gus membantu mempromosikan jualan peniaga terlibat.
Lebih 300 pek makanan terdiri daripada kek coklat, chicken tenders, rojak buah dan air matcha diberikan kepada pengunjung menerusi dua sesi agihan.

“Kami sebagai telekomunikasi komuniti bukan sahaja menghasilkan pelan-pelan postpaid dan prepaid yang sesuai untuk masyarakat, tetapi juga membantu membina masyarakat setempat,” katanya.
Sehubungan itu katanya, redONE Mobile berhasrat untuk terus menjalinkan kerjasama dengan Sinar Harian dan rakan kongsi lain dalam penganjuran program komuniti dan aktiviti berskala besar pada masa hadapan.

“Banyak program baharu akan dijalankan untuk melaksanakan program dari semasa ke semasa terutamanya pada musim perayaan seperti Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
