Terengganu umum bantuan i-Fitri

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengembalikan pemberian dana raya kepada rakyat negeri ini yang layak melalui bantuan i-Fitri pada tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan Belanjawan 2022 berkata, bantuan berjumlah RM400 kepada 31,500 isi rumah miskin itu akan disalurkan menjelang hari raya nanti.
“Bagi isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 pula, bantuan i-Fitri diberikan adalah RM250 melibatkan 83,500 penerima,” katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ke-4 Dewan Undangan Negeri ke-14 (Bajet) pada Isnin.
Dalam belanjawan bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’ itu, kerajaan negeri turut mengumumkan bantuan tunai one-off bernilai RM150 kepada 6,000 isteri ketua isi rumah berdaftar dengan e-Kasih dan ibu tunggal berpendapatan di bawah RM2,500.