Kadar jangka pendek kekal stabil dengan campur tangan BNM

No Image Caption
A
A
A

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil pada Isnin berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM36.74 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.52 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan tiga tender pasaran wang konvensional, masing-masing bernilai RM1 bilion selama tujuh hari, 14 hari dan 21 hari.

Ia juga akan mengadakan tender repo yang terdiri daripada RM200 juta untuk 30 hari, tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) RM4 bilion untuk tujuh hingga 30 hari, dan tender repo berbalik bernilai RM310 juta bagi jangka masa 30 hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM32.9 bilion RM18.5 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - Bernama

Artikel Berkaitan: