X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

Identiti dua mangsa nahas kereta, bas dikenalpasti

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam nahas bas dan kereta di Kampar. Foto Ihsan Bomba Perak
A
A

KAMPAR - Identiti kedua-dua mangsa yang maut dalam pertembungan bas dan kereta jenis Proton Persona di Kilometer 39, Jalan Ipoh - Teluk Intan di sini pada Ahad dikenal pasti.

Mereka ialah pemandu kereta, V Puventhiran, 36 dan penumpang, M Uthaya Kumar, 20, yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang terselamat adalah penumpang belakang berusia 33 dan seorang lelaki yang belum diketahui identiti yang kini dirawat di Hospital Kampar.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan itu berpunca apabila kenderaan yang dinaiki empat mangsa itu hilang kawalan sebelum bertembung dengan bas di laluan bertentangan.

"Bas yang dipandu lelaki berusia 67 tahun dari arah Kampar menuju ke Tanjung Tualang manakala kereta yang dinaiki mangsa dari arah Mambang Diawan menuju Kampar.

"Akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian manakala dua lagi dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Menurut beliau, pihaknya kini mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan kejadian itu.

"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk dibedah siasat bagi mencari punca kematian.

"Sampel darah kedua-dua mangsa terlibat dihantar ke makmal kimia untuk mengesan kandungan alkohol atau dadah dalam darah manakala, kedua-dua kenderaan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan," katanya.

Tambah beliau, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!