Data terbuka kepada masyarakat

Data terbuka adalah penting kerana ia meggalakkan masyarakat awam untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi.
Data terbuka adalah penting kerana ia meggalakkan masyarakat awam untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi.
A
A
A

BARU-BARU ini, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Hannah Yeoh menekankan isu yang menjadi halangan untuk kajian polisi adalah data terbuka.

Dalam ucapannya, beliau mengakui bahawa pendekatan yang menggunakan data mampu menolong kerajaan menangani isu sosial dengan efisien. Beliau berkongsi pengalaman menyelesaikan masalah dalam kementeriannya: menekankan kekurangan perkongsian data sesama jabatan kerajaan dan metodologi pengumpulan data yang tidak menyeluruh.

Kenapa kita perlukan data terbuka? Selain menolong kerajaan dan jabatan negeri mengambil keputusan yang terbaik, data terbuka juga memainkan peranan dalam akauntabiliti. Ini adalah falsafah Sinar Project, sebuah organisasi yang mengunakan teknologi untuk membuat data kerajaan senang diakses.

Untuk beberapa tahun, mereka telah mengumpul dan membersihkan data kerajaan yang terbuka dan memuatnaik di laman web mereka. Walaupun data yang disediakan adalah bagus, ia berkurangan kerana mereka mengunakan data awam – jadi adanya kekurangan dalam data tersebut.

Pada 2016, Kerajaan Barisan Nasional melancarkan Data.gov.my sebagai inisiatif untuk membuka data kepada khalayak. Walaupun inisiatif ini adalah bagus, ia masih ada kekurangan dari segi data yang disediakan yang hanya “superficial” dan percubaan untuk memuatnaik data tersebut biasanya akan berakhir dengan “server error”.

Data terbuka adalah penting kerana ia meggalakkan masyarakat awam untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi. Buat masa kini, kita banyak bergantung terhadap kajian akademik, NGO dan firma kajian untuk data. Kajian mereka biasanya adalah apa yang menggerakkan wacana awam. Bagaimanakah masyarakat sivil boleh memberi cadangan polisi dan berkempen untuk perubahan jika data yang diperlukan untuk menyokong cadangan mereka sembunyi di sebalik birokrasi?

Contohnya, statistik “terbaharu” bunuh diri yang disediakan kerajaan adalah dari tahun 2009. Ini adalah jurang 10 tahun di mana kajian kesihatan mental dengan data yang dikemaskinikan sepatutnya boleh dijalankan oleh pihak kerajaan dan swasta. Pada masa ini, data yang terbaharu hanya boleh didapati daripada Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) dan pihak lain. Jadi, bila kerajaan hendak menyelesaikan masalah kesihatan mental di Malaysia – adakah data yang digunakan ada integriti dan cukup terperinci?

Bagaimana penyelidik dan masyarakat sivil hendak cadangkan polisi jika data yang terbaharu adalah dari sedekad lalu? Contoh lain adalah Jabatan Perbendaharaan Terengganu, di mana belanjawan yang “terbaharu” mereka adalah dari tahun 2012. Mereka dari luar kerajaan Terengganu mungkin ada cabaran untuk mengenal pasti bagaimana untuk memperbaiki perbelanjaan kerajaan negeri dan mencadangkan polisi sosioekonomi dengan data yang lapuk ini. Terutamanya jika kerajaan negeri bertukar tangan bila datangnya pilihan raya.

Artikel Berkaitan:

Jika kita melawat mana-mana laman web kerajaan negeri, halaman data terbuka biasanya akan menunjukkan mereka tiada rekod terbuka. Ironinya adalah di mana adanya halaman terdekat yang membuka permohonan untuk meminta data maklumat yang tidak ada di laman web tersebut. Ini membawa persoalan, adakah masyarakat awam ada memohon untuk data? Dan jika ya, adakah mereka dapat jawapan dengan maklumat yang diminta?

Kita juga perlu menangani realiti di mana pihak yang biasanya meminta data dan mengetahui kegunaannya adalah masyarakat sivil, pakar penganalisis dan mereka dalam bidang kajian (akademik dan polisi). Mungkin kita perlu menggalakkan budaya menggunakan data untuk membuat keputusan. Maklumat seperti beberapa kali LRT rosak mungkin membosankan tetapi ia penting dalam memberi pihak pengguna dan awam untuk lobi dan menekan pihak tertentu memperbaiki servis.

Dan akhirnya, inilah di mana kita melihat “accessibility” dari segi reka bentuk web. Secara jujurnya, halaman web jabatan kerajaan tidak direka dengan baik. Ia adalah susah untuk guna, dan payah untuk mencari maklumat yang diperlukan. Mereka yang celik teknologi mungkin boleh melayari laman web tersebut dengan senang, tapi bagaimana pula bagi mereka yang tidak bagus dengan teknologi?

Mungkin apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan Pusat dan negeri adalah untuk memperbaiki reka bentuk halaman web mereka supaya lebih senang untuk dilayari, dan membawa reka bentuk halaman tersebut kepada “design” yang moden. Biarlah data dan maklumat diperlukan senang dicari.

Kedua, adalah untuk melatih kakitangan kerajaan memasukkan data yang penting dengan metodologi yang sesuai. Ini adalah sesuatu yang pihak akademik dan penyelidik boleh membantu. Ketiga, memuatnaik data yang terkini, dan buatkan ia senang diakses. Keempat, untuk kerajaan mendidik masyarakat ke tahap di mana mereka celik data. Tak cukup untuk hanya bina infrastruktur, kita juga perlu mengajar bagaimana untuk menggunakannya.

* Penulis merupakan graduan dalam bidang sosiologi