Pegawai media Ahmad Zahid meninggal dunia

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas wartawan, Datuk Jailani Harun meninggal dunia pada usia 66 tahun di Hospital Serdang di sini pagi tadi.
Perkara itu disahkan anak sulungnya Nabilla Jailani, 33, secara ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pejabat Timbalan Perdana Menteri memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 11.34 pagi tadi.
Jenazah Jailani yang juga Pegawai Media di Pejabat Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dibawa ke Masjid Al-Mubarakah Taman Bukit Cheras untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras selepas asar.
Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarham.
"Semoga diberikan kekuatan dan kesabaran berdepan kehilangan ini. Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat ALLAH SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
