X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Polis tahan lelaki samun dua individu

Polis menahan seorang lelaki dipercayai menyamun dua individu dalam kejadian di Hulu Selangor pada Selasa. - Gambar hiasan
A
A

HULU SELANGOR - Polis menahan seorang lelaki dipercayai menyamun dua individu dalam kejadian di Hulu Selangor pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa kira-kira jam 12.03 pagi di Balai Polis Serendah, Hulu Selangor.

Menurutnya, kejadian itu berlaku selepas mangsa dan rakannya berusia 18 tahun bertemu dengan seorang wanita yang baharu dikenali kira-kira jam 11.30 pagi Isnin berhampiran rumah wanita berkenaan.

"Ketika itu terdapat seorang lelaki yang mendakwa bapa saudara kepada wanita berkenaan dan menuduh mangsa melakukan perkara yang tidak baik kepada anak saudaranya itu.

"Suspek kemudiannya bertindak memukul mangsa dan rakannya serta merampas telefon milik mangsa. Suspek juga mengugut mangsa dan rakannya agar menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 serta mengugut merampas motosikal milik mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Arsad berkata, mangsa dan rakannya mengalami kecederaan di kepala dan perut akibat dipukul suspek.

Tambah beliau, bertindak atas maklumat, suspek yang berumur 33 tahun kemudiannya berjaya diberkas di sebuah rumah di Hulu Selangor.

"Kesemua barangan yang disamun suspek berjaya ditemui pihak polis dan siasatan mendapati suspek merupakan sepupu kepada wanita berkenaan dan bukannya bapa saudara seperti didakwa.

"Semakan rekod mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah," katanya.

Katanya, suspek direman tiga hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!