Dani Alves sah ‘kembali’ sertai Barcelona

Alves. -Foto gettyimages
Alves. -Foto gettyimages
A
A
A

PEMAIN pertahanan veteran Brazil, Dani Alves dilaporkan sedang dalam persiapan untuk kembali ke pangkuan gergasi La Liga, Barcelona dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan daripada kelab berkenaan berhubung kehadiran semula pemain berusia 38 tahun itu ke Nou Camp dalam masa terdekat.

Difahamkan juga, pengendali baharu skuad Blaugrana, Xavi Hernandez mahu agar bekas rakan sepasukannya itu kembali bagi memperkuatkan pasukan berkenaan.

“Barca dan Alves telah pun mencapai persetujuan secara prinsipal untuk beraksi dengan skuad utama sehingga ke penghujung musim ini.

“Difahamkan, Alves akan mula menyertai latihan minggu depan, namun dia masih tidak dibenarkan beraksi sehingga Januari.

“Pihak kelab juga akan mengumumkan sebarang perkembangan terkini berhubung kedatangan Alves akan diumumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu lagi.

Difahamkan, aksi Alves ketika membimbing skuad Olimpik Brazil memenangi emas pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 lalu, telah menarik minat Hernandez untuk merekrut bekas rakan sepasukannya itu.

Sementara itu Alves berkata, dia terbuka menerima tawaran berkenaan sambil menyifatkan Barcelona kini memerlukan khidmatnya.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, dia pernah berkata sebelum ini bahawa dia sedia kembali ke Nou Camp, sekiranya khidmat diperlukan skuad Blaugrana itu, suatu hari nanti.

“Seperti yang pernah saya katakan dulu, saya hormat dan sayangkan kelab ini dan saya bersedia untuk kembali bersama mereka.

“Jika mereka mahukan saya, apa yang perlu dilakukan adalah hubungi saya sedia membantu; tambahan pula pasukan itu kini dibarisi ramai pemain muda,” katanya.