HKHM 2021 angkat daya kreativiti Keluarga Malaysia

A
A
A

No Image Caption

Sempena sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia (HKHM) 2021, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) telah menganjurkan pelbagai aktiviti kenegaraan serta program yang menarik untuk disertai oleh rakyat Malaysia secara maya bagi menyerlahkan bakat, kreativiti dan jati diri terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Meskipun negara berdepan pandemik Covid-19, namun ia tidak melunturkan semangat dan tanggungjawab JaPen dalam meraikan dan mempromosikan HKHM 2021 dengan pelbagai program yang telah diatur khusus untuk rakyat Malaysia.

Pertandingan sempena Bulan Kebangsaan

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Program yang telah diadakan ini terbukti menyatupadukan Keluarga Malaysia dalam pelbagai peringkat umur bagi menyertai pertandingan-pertandingan kenegaraan sejak dilancarkan pada Ogos lalu. Antara pertandingan dan program yang telah dianjurkan pada tahun ini adalah:

No Image Caption

Nama pertandingan

1. Pertandingan Pidato Kenegaraan

2. Sayembara Sajak Merdeka

3. Pertandingan Bintang Patriotik Smule

4. Pertandingan Mewarna Dan Melukis MyDoodle@Merdeka

5. Pertandingan Melukis Mural@Merdeka

6. Pertandingan Fotografi Klik@Merdeka

7. Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak

8. Pertandingan Ilham MerdekaTiktok Challenge

9. PertandinganTeka Silang Kata Kenegaraan

10. Pertandingan Mewarna MyDoodle@HariMalaysia

Penyertaan yang meningkat

No Image Caption

Penyertaan pada tahun ini amat memberangsangkan apabila JaPen berjaya menarik 500,000 penyertaan bagi keseluruhan pertandingan yang dianjurkan berbanding tahun lepas. Namun, hanya 200,000 penyertaan sahaja telah berjaya melepasi saringan penilaian yang memenuhi syarat pertandingan. Antara pertandingan yang menerima penyertaan tertinggi adalah ILHAM Merdeka TikTok Challenge iaitu sebanyak 70,652 video penyertaan.

Penjurian yang profesional

Kesemua pemenang pertandingan yang dipilih telah melalui proses penjurian dan penilaian yang professional mengikut kepakaran bidang masing-masing.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada keluarga Malaysia yang turut menyertai pertandingan pada kali ini.