X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 17 Januari 2022

Seorang lagi PATI lari dari DTI diberkas, 4 masih diburu

PATI yang berjaya diberkas di Kampung Gusi, Papar.
A
A

PAPAR - Seorang daripada lima pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bolos dari pusat tahanan sementara (PTS) di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Kimanis, dua hari lalu berjaya ditahan semula.

Tahanan dikenali sebagai Tuliang Maddalani, 35, diberkas di Kampung Gusi di sini pada jam 3.15 petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, setakat ini seramai 10 tahanan telah dikesan dan berjaya ditangkap semula.

"Hari ini, seorang lagi berjaya ditahan dan jumlah baki tahanan yang masih bolos adalah seramai empat orang.

"Mereka dikenali sebagai Nadzwin Usman, 24, Herman Bilau, 35, Pertama Lapanji, 40, dan Husin Japar, 43," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, usaha mencari semua PATI termasuk yang bertindak terjun ke laut pada Khamis masih diteruskan.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan seramai 14 PATI warga Filipina bertindak melarikan diri dari PTS dengan memanjat bumbung tandas dan memotong pagar depoh berkenaan.

Bagaimanapun, tujuh daripadanya berjaya ditahan pada hari yang sama dan dua lagi berjaya ditahan pada Khamis.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!