Bursa Malaysia tinggi pada sesi tengah hari

Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga pagi ini lebih tinggi berikutan permintaan belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, seiring dengan sentimen positif di bursa serantau. Foto hiasan
Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga pagi ini lebih tinggi berikutan permintaan belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, seiring dengan sentimen positif di bursa serantau. Foto hiasan
A
A
A

BURSA Malaysia mengakhiri urus niaga pagi ini lebih tinggi berikutan permintaan belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, seiring dengan sentimen positif di bursa serantau, kata peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.17 mata kepada 1,527.02 daripada 1,518.85 sewaktu ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 3.84 mata lebih tinggi kepada 1,522.69 dan turun naik antara 1,520.67 dan 1,529.85 pada sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 453 kepada 365, manakala 441 kaunter tidak berubah, 1,056 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah sehingga 1.78 bilion unit bernilai RM1.33 bilion.

Rakuten Trade menerusi nota penyelidikan hari ini berkata indeks petunjuk pasaran tempatan dijangka menyaksikan beberapa penurunan walaupun aktiviti belian saham berharga rendah yang mungkin ada.

“Oleh itu, kami jangka indeks penanda aras itu akan diniagakan dalam julat penstabilan yang kecil antara 1,515 hingga 1,525 hari ini,” katanya.

Mengenai perkembangan makro, beliau berkata, Wall Street semalaman ditutup bercampur-campur namun memulihkan beberapa penurunan yang dialami dalam sesi sebelumnya berikutan lonjakan inflasi harga pengguna.

Artikel Berkaitan:

“Purata Perindustrian Dow Jones turun 159 mata untuk ditutup di bawah paras 35,000 manakala Nasdaq menambah 264 mata. S&P500 pula ditutup tanpa perubahan.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik 10 sen kepada RM8.10, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM4.02 dan RM8.30, manakala IHH Healthcare susut 6.0 sen kepada RM6.40 dan TNB jatuh 1.0 sen kepada RM9.62.

Bagi saham aktif, DNex menambah 2.0 sen kepada 85 sen, AirAsia X dan JAG naik 1.5 sen masing-masing kepada 7.5 sen dan 39 sen, manakala NWP Holdings menokok 1.0 sen kepada 34.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 66.34 mata kepada 11,307.53, Indeks FBMT 100 meningkat 66.14 mata kepada 10,943.38, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 75.49 mata kepada 12,309.03, FBM 70 naik 120.03 mata kepada 14,993.80, manakala FBM ACE menambah 33.79 mata kepada 6,992.07.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.56 mata kepada 201.45, Indeks Perladangan meningkat 18.04 mata kepada 6,634.13, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 74.87 mata kepada 15,193.12. -Bernama