Lapan atlet petanque bawa cabaran Malaysia di Sepanyol

Lapan atlet kebangsaan bakal membawa cabaran Malaysia pada Kejohanan Petanque Dunia di Santa Susanna, Sepanyol bulan ini. - Foto hiasan/Bernama
Lapan atlet kebangsaan bakal membawa cabaran Malaysia pada Kejohanan Petanque Dunia di Santa Susanna, Sepanyol bulan ini. - Foto hiasan/Bernama
A
A
A

LAPAN atlet kebangsaan bakal membawa cabaran Malaysia pada Kejohanan Petanque Dunia di Santa Susanna, Sepanyol bulan ini.

Mereka terdiri daripada empat atlet wanita iaitu Nur Durratul Hikmah Yazit, Nur Durratul Iffah Yazit, Nuraza Sening dan Nur Syahirah Sabri yang bersaing bermula hari ini hingga Ahad, menurut kenyataan Setiausaha Kehormat Persekutuan Sukan Boules Malaysia Maya Heng.

Maya juga memaklumkan pasukan lelaki yang turut dibarisi empat atlet iaitu Muhammad Danial Syazwan Mohd Noor, Mohd Fadzrul Ismansyah Mohd Faizal, Muhamad Hisyam Mad Sapi @ Mad Sepi dan Faizul Pa’ie akan memulakan saingan pada 15 hingga 23 Nov ini.

Beliau berkata, pasukan wanita telah berlepas ke Sepanyol pada Rabu lepas manakala pasukan lelaki akan ke sana Selasa depan,16 November.

Kejohanan berkenaan akan disertai 2,000 atlet dari 50 negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: