Uggah mahu SOP realistik di kawasan pedalaman semasa PRN Sarawak

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Presiden Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) bercakap ketika sidang media ringkas pada majlis penyerahan cek geran operasi rumah ibadat kepada wakil ketua-ketua agama lain di Wisma Bapa Malaysia hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUCHING - Satu prosedur operasi standard (SOP) yang realistik diharap dapat ditetapkan untuk digunakan semasa berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak di kawasan pedalaman negeri itu, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang akan memuktamadkan SOP berkenaan diharap akan mengambil kira keadaan di kawasan pedalaman agar tidak menjejaskan aktiviti berkempen semasa PRN itu nanti.

“Harapan kita akan ada SOP yang realistik yang boleh membantu kita berkempen tapi pada masa yang sama juga dapat menentukan bahawa segala keperluan untuk (mematuhi) penjarakan fizikal dan sebagainya dilaksanakan untuk mengelakkan daripada penyakit (Covid-19) merebak. itu adalah faktor paling penting,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sebelum menyampaikan geran berjumlah RM3.896 juta daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) Jabatan Ketua Menteri Sarawak kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat.

Tambahnya, senario yang berbeza akan berlaku semasa PRN Sarawak akan datang, seperti yang berlaku dalam PRN Melaka ketika ini. -Bernama

Artikel Berkaitan: