'Saya ikhlas bantu penduduk'

Azhar menunjukkan kualiti air periginya yang bersih ketika ditemui di rumahnya di Felda Chini 1 di sini, hari ini.
Azhar menunjukkan kualiti air periginya yang bersih ketika ditemui di rumahnya di Felda Chini 1 di sini, hari ini.
A
A
A

PEKAN- "Saya tak kisah jika penduduk nak ambil air dari perigi...inilah cara saya sekeluarga bersedekah dan membantu penduduk kampung yang tiada air,"

Itulah kata-kata pemilik perigi, Azhar Muhammad, 50 yang tidak lokek membenarkan penduduk kampung untuk mengambil air perigi di rumahnya secara percuma.

Namun, menurutnya, dia berharap agar penduduk yang mengambil air di periginya agar tidak mengambil kesempatan dengan menjual air tersebut kepada orang awam.

"Saya membuat dua perigi iaitu di depan dan belakang namun di belakang hanya untuk siram pokok bunga sahaja..dan yang di depan, saya juga telah cantikkan perigi untuk memudahkan penduduk ambil air.

"Saya memahami keadaan di Chini sekarang menghadapi masalah gangguan air dan kita tidak kisah sesiapa pun datang nak ambil, kita izinkan kerana ini sahajalah cara saya dapat membantu penduduk," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Felda Chini 1 di sini, hari ini.

Che Mat sedang meneman seorang penduduk yang sedang mengambil air di rumahnya di Felda Chini 1 di sini, hari ini.
Che Mat sedang meneman seorang penduduk yang sedang mengambil air di rumahnya di Felda Chini 1 di sini, hari ini.

Azhar berkata, perigi yang berusia hampir 20 tahun itu tidak pernah kering dan sentiasa ada air di samping yakin air yang dihasilkan oleh periginya merupakan air yang bersih.

"Selain air ini bersih disebabkan punca air ini adalah mata air, saya juga menggunakan pam automatik yang akan membersihkan lagi air itu dulu.

Artikel Berkaitan:

"Air perigi di rumah saya juga telah dibuat kajian oleh agensi kerajaan terlibat mengatakan air dj perigi saya amat bersih sehingga kualiti kebersihan air itu menghampiri kebersihan air zam-zam," katanya.

Sementara itu, bagi Che Mat Latiff, 70 yang juga merupakan pemilik perigi pergi berkata dirinya membina perigi di kawasan rumah pada 2016 disebabkan berlakunya ketiadaan air selama sebulan pada tahun tersebut.

Menurutnya, setelah perigi dibina, dirinya tidak mempunyai masalah gangguan air di samping mengizinkan penduduk di sini mengambil air di periginya.

" Saya membuat perigi ini juga kerana teringatkan penduduk kampung kerana masalah ini (gangguan air) bukan melibatkan tahun ini sahaja malah setiap tahun.

"Saya tak kisah jika penduduk nak ambil banyak mana, janji niat saya untuk membantu penduduk kampung yang kini sengsara mengalami gangguan bekalan air bersih," katanya.