Pelajar UiTM positif Covid-19 selepas hadiri program kepimpinan

Rusdi
Rusdi
A
A
A

MELAKA - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) disahkan positif manakala lapan pelajar bergejala dipercayai selepas menghadiri program kepimpinan anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di sebuah resort mewah pada 3 November lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah menerima notifikasi dari Klinik UiTM Lendu, Alor Gajah kira-kira jam 2 petang pada Selasa mengenai seorang pelajar telah positif keputusan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen.

Menurutnya, terdapat lapan lagi pelajar lain mengalami gejala upper respiratory tract symptoms (URTI).

"Kesemua sembilan pelajar tersebut menjalani ujian Covid-19 menggunakan Covid-19 (PCR) dan keputusan dijangka diperoleh dalam tempoh terdekat.

"Pelajar lain yang menjadi kontak kepada kes disyaki Covid-19 tersebut sedang dikenalpasti untuk diisolasi sebagai langkah awal mengekang penularan jangkitan," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Tular di media sosial dakwaan tujuh pelajar universiti itu didapati positif selepas pulang dari sebuah program anjuran sebuah parti politik pada 4 hingga 7 November lalu.

Beliau berkata, beberapa Kolej Kediaman pelajar turut diberikan notis penutupan selama sepuluh hari di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1988 bermula 11 November sehingga 20 November 2021.

Katanya, orang ramai yang menjadi kontak rapat kepada mereka disaran kuarantin kendiri serta menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan PKD Alor Gajah di talian 06-5566390 untuk saringan kesihatan segera.

Artikel Berkaitan:

"Saya memohon orang ramai agar merujuk kepada kenyataan rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan JKN Melaka," katanya.

Untuk mendapatkan maklumat sahih dan sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, orang ramai boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Melaka ditalian 06-2345999 atau melalui e-mel cprcmelaka@moh.gov.my.