Giant labur RM22 juta untuk 'Kempen Harga Lagi Rendah Lagi Lama'

Pengarah Pemasaran Asia Tenggara, DFI Retail Group, Lee Yik Hun (kanan) dan Pengurus Kedai Giant Hypermarket Kota Damansara, Izari Shahril pada majlis pelancaran Harga Lagi Rendah Lagi Lama yang diadakan di Giant Hypermarket Kota Damansara pada Khamis.
Pengarah Pemasaran Asia Tenggara, DFI Retail Group, Lee Yik Hun (kanan) dan Pengurus Kedai Giant Hypermarket Kota Damansara, Izari Shahril pada majlis pelancaran Harga Lagi Rendah Lagi Lama yang diadakan di Giant Hypermarket Kota Damansara pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Giant, salah satu peruncit peneraju nilai di Malaysia yang dikendalikan GCH Retail Malaysia melabur sebanyak RM 22 juta bagi 'Kempen Harga Lagi Rendah Lagi Lama' untuk membantu rakyat melawan inflasi.

Kempen itu yang dilancarkan secara rasmi pada Khamis menyaksikan Giant menurunkan harga pada ratusan barangan keperluan harian termasuk barangan segar dan runcit yang terpilih di semua kedai Giant dan Giant Mini untuk tempoh enam bulan akan datang.

Pengarah Pemasaran untuk Makanan dan Jenama Sendiri, Asia Tenggara, Kumpulan Runcit DFI, Lee Yik Hun berkata, Giant komited untuk mengekalkan harga rendah ini dengan lebih lama supaya lebih ramai pelanggan dapat memanfaatkannya memandangkan peningkatan inflasi dan tekanan kewangan yang dialami oleh kebanyakan keluarga akibat pandemik Covid-19.

"Sebagai sebahagian daripada pelancaran, pelanggan boleh melihat penurunan harga lebih 460 produk penting utama termasuklah barangan segar, runcit, penjagaan diri dan keperluan rumah yang paling banyak mereka beli.

"Ini termasuklah bawang putih yang berharga 55 sen bagi 100 gram, udang Vannamei (60 ekor-70 ekor) hanya pada harga RM2.50/100gram, aneka susu UHT Dutch Lasy (6x200ml) berharga RM7.50, aneka pelembut fabrik DAIA (1.6L-1.8L) pada harga hanya RM5.

"Selain itu, aneka isian semula sabun Lifebuoy (2 x 850ml) pada harga baharu yang lebih rendah iaitu RM18.90, ubat gigi Colgate Max Fresh Cool Mint (2 x 160gram) pada harga RM16, Dugro 3/4 Biasa/Madu (850gram) kini hanya RM22.95, Huggies Dry Pants Super Jumbo Pack S66+4/M60+4/L50/XL42/XXL36 hanya pada RM28.90," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Harga Lagi Rendah Lagi Lama di Giant Hypermarket Kota Damansara, di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Pemasaran Asia Tenggara, DFI Retail Group, Lee Yik Hun (kanan) dan Pengurus Kedai Giant Hypermarket Kota Damansara, Izari Shahril pada majlis pelancaran Harga Lagi Rendah Lagi Lama yang diadakan di Giant Hypermarket Kota Damansara.
Pengarah Pemasaran Asia Tenggara, DFI Retail Group, Lee Yik Hun (kanan) dan Pengurus Kedai Giant Hypermarket Kota Damansara, Izari Shahril pada majlis pelancaran Harga Lagi Rendah Lagi Lama yang diadakan di Giant Hypermarket Kota Damansara.

Turut hadir, Pengurus Kawasan Giant, K Siva Rao; Ketua Operasi Giant, Chandrasegar Muthiah dan Pengurus Kedai Giant Hypermarket Kota Damansara, Izri Shahril

Mengulas lanjut, beliau berkata, GCH Retail (sebahagian daripada DFI Retail Group) melancarkan jenama sendiri iaitu Meadows yang menawarkan makanan berkualiti tinggi dari negara-negara di seluruh dunia dengan harga yang jauh lebih berpatutan daripada jenama yang setara, pada kadar 20 peratus lebih rendah.

Jelasnya, Meadows sememangnya menjadi jenama terkemuka di Giant, malah lebih popular daripada kebanyakan jenama antarabangsa yang terkenal.

Pengarah Pemasaran Asia Tenggara, DFI Retail Group, Lee Yik Hun
Pengarah Pemasaran Asia Tenggara, DFI Retail Group, Lee Yik Hun

"Pelanggan yang mementingkan nilai juga boleh melihat pelbagai jenis keperluan rumah dengan harga rendah dan berkualiti seperti beras, minyak, telur serta bekalan pembersihan dengan rangkaian produk jenama Giant.

"Harga dan nilai yang menakjubkan bagi produk jenama sendiri ini dapat dicapai melalui perkongsian rapat dengan pembekal utama, petani dan nelayan untuk memastikan produk segar kekal sebagai tumpuan utama di kedai kami supaya pelanggan sentiasa boleh mendapatkan barangan berkualiti dan segar pada harga rendah dan nilai hebat setiap hari," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DFI Retail Group untuk Perniagaan Makanan Asia Tenggara, Chris Bush berkata, sebagai peruncit makanan terkemuka di Malaysia, mereka kekal komited untuk menyokong pelanggan.

Ujarnya, ia merupakan pelaburan tunggal terbesar Giant dalam menurunkan harga setelah mendapat maklum balas daripada pelanggan.

"Saya berbangga untuk berkongsi bahawa kami melaksanakan komitmen ini berikutan daripada kerja menyeluruh yang dilakukan pada awal tahun ini, dengan penyegaran semula jenama bagi kedai Giant yang telah memberikan pelanggan kami pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan, selain tawaran baharu yang menarik.

“Sambutan daripada pelanggan kami mengenai penyegaran semula jenama kami adalah luar biasa.

"Kami amat berbesar hati untuk menunaikan satu lagi janji Giant kepada pelanggan kami dengan HLRLL iaitu harga lebih rendah lebih lama, serta menyampaikan produk berkualiti yang mampu mereka beli dan pengalaman membeli-belah yang hebat," jelasnya.