Tengku Mahkota Kelantan, isteri berkenan ziarah mangsa kebakaran

Pasangan Diraja, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra (dua, kanan) dan isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson (kanan) melawat ke tapak kebakaran di Jalan Gajah Mati, Kota Bharu pada Rabu.

A
A
A

KOTA BHARU - Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson berkenan menziarah dan mengurniakan sumbangan peribadi RM1,000 masing-masing kepada 12 keluarga mangsa kebakaran di Jalan Gajah Mati di sini pada Rabu.

Pasangan diraja berangkat tiba pada jam 5.35 petang di Masjid Pakistan yang menjadi penempatan sementara mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Baginda dan isteri turut mengambil kesempatan melawat ke tapak lokasi kebakaran yang membabitkan 10 rumah dan empat rumah kedai itu.

Baginda bertitah kepada mangsa-mangsa kebakaran supaya memaklumkan kepada pihak berwajib sebarang keperluan yang dikehendaki.

“Kalau ada masalah nanti akan dibantu sebaik mungkin,” titah baginda selepas kurniaan sumbangan di pekarangan masjid lokasi kebakaran di Jalan Gajah Mati di sini pada Rabu.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Adat dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Zulkifle Ab Rahman dan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Sementara itu, seorang penerima yang juga ibu tunggal, Hasnah Salleh, 70, terharu dengan kunjungan baginda dan isteri selepas rumah sewanya hangus dalam kebakaran pada Rabu

Artikel Berkaitan:

Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra (dua, kanan) mengurniakan sumbangan wang tunai kepada mangsa kebakaran pada Rabu.
Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra (dua, kanan) mengurniakan sumbangan wang tunai kepada mangsa kebakaran pada Rabu.

“Saya ibu tunggal yang mempunyai lapan anak berusia 22 hingga 40 tahun dan hanya menjual kerepek pisang untuk menampung kehidupan.

“Saya berbesar hati dapat berjumpa dengan Tengku Mahkota Kelantan dan isteri yang sangat cakna serta menyayangi rakyat jelata,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Zulkifle Ab Rahman berkata, setakat ini pihak pengurusan Masjid Pakistan bermurah hati menyediakan penempatan sementara kepada mangsa kebakaran.

“MAIK akan melihat dan memantau keadaan mangsa dari semasa ke semasa untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini, MAIK juga sudah menyalurkan bantuan sebanyak RM2,000 kepada setiap mangsa kebakaran,” katanya.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan, sejumlah 10 rumah dan empat kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Sultanah Zainab, di sini.

Kejadian jam 7.22 malam itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 rumah, empat rumah kedai musnah terbakar

Isteri Tengku Mahkota Kelantan, Cik Puan Sofie Louise Johansson (kanan) mengurniakan sumbangan peribadi wang tunai RM1,000 kepada mangsa kebakaran di Jalan Gajah Mati, Kota Bharu.
Isteri Tengku Mahkota Kelantan, Cik Puan Sofie Louise Johansson (kanan) mengurniakan sumbangan peribadi wang tunai RM1,000 kepada mangsa kebakaran di Jalan Gajah Mati, Kota Bharu.