Sila log masuk terlebih dahulu.

1.8 tan minyak masak cuba diseludup ke negara jiran

Penguatkuasa dari Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menunjukkan minyak masak paket yang cuba diseludup ke negara jiran di Pasir Mas.
Penguatkuasa dari Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menunjukkan minyak masak paket yang cuba diseludup ke negara jiran di Pasir Mas.
A
A
A

PASIR MAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas 1.8 tan minyak masak yang cuba diseludup ke negara jiran dengan menggunakan dua kenderaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, pada Selasa.

Operasi dijalankan secara bersepadu oleh sepasukan pegawai penguatkuasa KPDNHEP Kelantan bersama pegawai dari Polis Marin, Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor, Tumpat dan Pasukan Gerakan Am Batalion 9.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri Azanizam Affendi Juri berkata, pasukan berkenaan menemui dua kenderaan dengan pendaftaran Malaysia jenis Toyota Hiace dan Nissan Cefiro ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan sempadan.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua kenderaan membawa muatan minyak masak paket sekilogram yang bersubsidi sebanyak 1.8 tan.

“Kesemua paket disyaki untuk diseludup ke negara jiran yang percayai ditinggalkan suspek selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Azanizam berkata, nilai rampasan barangan kawalan tersebut dianggarkan berjumlah RM4,720 manakala dua kenderaan dianggarkan bernilai RM85,000 turut dirampas.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM89,720. Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Artikel Berkaitan: