Guardiola tidak pasti tawaran Barcelona terhadap Sterling

Sterling. - Foto Premier League
Sterling. - Foto Premier League
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan dia tidak pasti dengan tawaran daripada gergasi La Liga, Barcelona yang dikatakan berminat mendapat penyerang The Citizens, Raheem Sterling.

Guardiola juga percaya skuad Blaugrana itu pasti mahu membawa penyerang berkenaan ke Nou Camp dalam usaha ‘membina’ semula pasukan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, Barca juga perlu melakukannya secara rasmi bagi mendapatkan mana-mana pemain berkenaan.

“Saya tidak tahu bahawa mereka (Barca) berminat dengan Sterling; malah setakat ini tidak ada apa-apa urusan secara rasmi yang dibuat berhubung perkara berkenaan.

“Namun saya percaya ia dibuat bagi membawa masuk pemain-pemain baharu bagi melengkapkan proses ‘membina’ semula pasukan berkenaan.

“Buat masa ini, kita juga ada banyak perkara untuk dibereskan; tetapi jika mereka benar-benar berminat, bukan hanya Sterling, tetapi juga kepada mana-mana pemain kami mereka boleh berbuat demikian, tetapi secara rasmi,” katanya.

Untuk rekod, beberapa pemain The Citizens itu turut dikatakan menjadi sasaran Barca menjelang musim perpindahan Januari depan seperti Aymeric Laporte dan Bernardo Silva.

Mengulas lanjut, Guardiola berkata, selaku gergasi La Liga, Barcelona dilihat memiliki kemampuan untuk mendapatkan pemain-pemain yang diinginkan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Barca juga pasti akan memulakan langkah segera dalam usaha bagi mendapatkan pemain-pemain berkenaan.

“Secara keseluruhannya, Barcelona pasukan yang baik dengan memiliki pemain dan juga jurulatih yang baik.

“Mereka juga boleh lakukan apa sahaja bagi mendapatkan pemain yang mereka ingini, tetapi saya tidak tahu apabila ia melibatkan Sterling, Laporte dan Silva,” katanya.