Pas akan kaji hasrat MCA: Takiyuddin

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Keterbukaan MCA menerima kerjasama antara UMNO dan Pas akan dikaji dan diteliti Pas.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, meskipun Pas terbuka menjalin kerjasama dengan mana-mana parti namun, hasrat dan matlamat MCA itu akan diperinci terlebih dahulu.

“Kita (Pas) menerima sesiapa sahaja sahaja.Tapi Pas akan tengok dan kaji dulu macam mana hasrat penerimaan MCA itu kerana buat masa ini kita hanya mengetahuinya daripada laporan media sahaja.

“Kita akan teliti matlamat MCA. Tapi saya ingin jelaskan, pokoknya Pas boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan matlamat parti tersebut selari dengan perjuangan Pas iaitu demi kepentingan dan keamanan negara, kami tiada masalah,” katanya kepada Sinar Harian.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu itu turut menzahirkan rasa senang dengan kenyataan MCA yang tidak membantah kerjasama rasmi antara Pas dan UMNO yang dimeterai pada 5 Mac lalu.

Dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam, MCA dan MIC menyifatkan kerjasama UMNO dan Pas tidak memberi sebarang masalah kepada kedua-dua parti itu selagi ia selaras dengan prinsip BN.

Kedua-dua Presiden parti terbabit bersetuju bahawa kerjasama itu hanya membabitkan Umno dan PAS serta atas semangat barisan pembangkang demi kebaikan rakyat.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata kerjasama itu bukan bermakna Pas akan menyertai BN.

Artikel Berkaitan: